Budak Kampong Blogspot
Saturday, 30 March 2013
Kitaran Percintaan
Assalamualaikum , rasanya da lame tak menulis , dah bersarang dah pon blog saya nie..hehehe...ok entry kali nie nak share sikit pasal percintaan ,iaitu Kitaran Percintaan . jiwang lah pulokkk,ekekeke :D lets check it out :)
Dalam percintaan terdapat 5 peringkat Ia itu :
1. Orang asing
2. Kawan
3. Kekasih
4. Konflik
5. orang asing.
Di sini saya akan terangkan bagaimana kelima lima kitaran ini terjadi.
1.ORANG ASING
Pada peringkat pertama ini adala peringkat di mana kedua dua pasangan belum mengenali,dan selalu bertemu beberapa kali mungkin di sebabkan kebetulan ataupon dari kenalan rakan-rakan karib sendiri,di mana ketika ini kedua-dua pasangan belum terpikir untuk mengenali hati budi masing-masing dan tidak terpikir untuk bercinta sama sekali.
2.KAWAN
Pada peringkat ini pula,kedua dua pasangan mula rasa serasi,dan terpikir adakah dia orang yang tepat untuk aku?berbagai-bagai persoalan bermain di minda tentang lelaki/wanita itu,mungkin disebabkan terlalu kerap berjumpa ekoran dari peringkat pertama tadi , dan pada peringkat ini jugalah kedua-dua pasangan mula terbuka hati untuk berkawan dan mengenali hati budi masing,pada peringkat ini juga kedua-dua pasangan mula jumpa keserasian antara satu sama lain,dan mula tertarik antara satu sama lain.
3.KEKASIH
Ekoran dari peringkat kedua tadi,daripada kawan ,kedua-dua pasangan mula terbuka hati untuk bercinta dan menerima antara satu sama lain dengan seadanya,untuk pengetahuan anda semua,ketika ini hati kedua-dua pasangan sedang berbunga-bunga,ibarat makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena kerana sedang hangat bercinta,setiap masa,setiap saat,minit,kedua dua pasangan asyik memikirkan antara satu sama lain dan cuba untuk menjadi yang terbaik antara satu sama lain sehinggakan sanggup berubah walau sesukar mana sekalipun dan berjanji untuk setia dan sebagainya.
4.KONFLIK/PERGADUHAN.
Ini adalah peringkat ke empat di mana pada peringkat ini kedua-dua pasangan sering bergaduh,mula rasa ketidaksererasian antara satu sama lain,mula terpikir adakah telah membuat pilihan yang salah,sehinggakan kedua dua pasangan sering tiada mood,seringkali marah,boleh kata setiap minggu pasti ada pergaduhan,malahan berkemungkinan hampir setiap hari,dan pergaduhan menjadi rumit sehinggakan sukar untuk di leraikan dan sukar untuk di bawa berbincang,sehinggakan mula berasa bosan terhadap pasangannya dan mula meluat terhadap pasangannya,dan tanpa berpikir panjang,salah seorang pasangan mula memilih jalan pintas kerana tidak tahan iaitu PUTUS.(pada peringkat ini,sebenarnya perasaan sayang masih ada di dalam hati,Cuma mungkin tidak tahan dengan situasi lalu mengambil jalan pintas,jika anda sayangkan hubungan anda,kedua-dua pasangan harus ada sifat tolak ansur,saling memahami,dan berterus terang,ingat !!! kebenaran itu memang menyakitkan,tapi ianya adalah 100 kali lebih bagus dari penipuan yang kononnya indah itu).
5.ORANG ASING
Ini adalah peringkat di mana setelah terjadinya keputusan PUTUS dari salah seorang pasangan td,di mana pada peringkat ini kedua-dua pasangan merasakan bahawa keputusan yang di buat td adalah yang terbaik untuk kedua belah pihak,dan kedua pasangan mula tidak bertegur,dan seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain bila terserempak,dan lama kelamaan perasaan kosong,sunyi,kehilangan,rindu mula berbuku di hati antara kedua pasangan,dan mula teringat akan satu sama lain,ketika ini pasangan mula merasa menyesal dengan keputusan yang telah dilakukan,dan mula membuat keputusan untuk bercinta lagi,sama ada dengan orang lain,atau dengan orang yang sama.(pada peringkat ini,apabila masing-masing sudah mempunyai pasangan baru,dan pasangan barunya tidak sebaik dengan pasangannya yang lama,dia mula rasa menyesal kerana telah membuat keputusan terburu-buru,jika pasangannya lebih baik dari yang lama Alhamdulillah lah,tapi adakah kita boleh menjamin setelah kita mendapat pasangan baru ianya lebih bagus dari psngn kita dahulu?ingat tak semua orang sempurna,semua orang ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
p/s : Seeloknya kita hargai pasangan kita sementara dia masih ada ,dan trima baik burul pasangan kita seadanya :)
Friday, 7 September 2012
6 Perkara yang hanya terdapat di Malaysia .
Assalamualaikum semua , Lame da tak update blog kan ? hehehe , sory sebab busy sikit sejak kebelakangan nie , Ok la , entry kali nie admin nak share perkara-perkara yang hanya terdapat kat Malaysia tapi takde kat tempat lain , so lets chek it out k :)
1. Memakai jaket motorsikal dalam keadaan terbalik , Bahagian belakang jaket di pakai ke depan .
2. Meletakkan telefon bimbit di antara helmet dan pipi ketika sedang memandu motorsikal untuk berbual sambil memandu .
3. Tidak perlu menggunakan jejantas untuk melintas jalan , tetapi hanya menggunakan tangan untuk memberi isyarat pada kenderaan untuk memperlahankan kenderaan . "Power Of Hand "
4. Memanggil orang yang lebih tua dari kita dan tidak di kenali dengan panggilan "Boss", "Aunty"," Auncle", walaupun mereka bukanlah Boss,Aunty,ataupun Uncle kita .
5. Sentiasa bertanyakan barang percuma,potongan harga,dan meminta diskaun untuk barang yang ingin di beli .
6. Dalam bolasepak ada yang menyokong chelsea,Mancaster united,barcalona dan sebagainya tetapi tetap menaruh harapan pada satu pasukan yang sama untuk juara , "HARIMAU MALAYA" .
Betul atau tidak anda sendiri yang tentukan ye :)
Ps : Anda suka entry ini ? just klik like and then share je , tak susah pon , minta jasa baik untuk support blogger Malaysia macam saya nie :)
Wednesday, 22 August 2012
Wong Fei Hong Sebenarnya Orang Islam ?
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu) . Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
Wajah Sebenar Wong Fei Hong.
Ditulis oleh: Ya Asrul Yaman Kijas (PSU JIM Petaling)
Sunday, 12 August 2012
Jenis Jenis Kawan,Korang jenis yang macam mana ?
jenis-Jenis Kawan ^_^
10 Jenis Kawan..
1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. ade perlu dia muncul, takde perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?
2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.
3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.
4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!
5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?
6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.
7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dri mulutnya.
8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.
9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.
10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak :)
3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.
4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!
5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?
6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.
7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dri mulutnya.
8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.
9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.
10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak :)
GEMPAR !! Cabar kerat lidah jika dapat pingat Emas , Selepas kes johari pain .
Assalamualaikum,Ingat tak korang kes Johari Pain yang die cabar nak kerat anu nya jika pandalela dapat pigat emas,kali nie ade lagi seorang mamat yang benama zafwan khalid die cabar pulah berani kerat lidah die jika malaysia dapat pingat emas tak percaya tengok ni :
Nampak nya masih lagi ada yang tak fikir dulu sebelum cakap kan ? takpe lah , kite tunggu je lah kesudahan nye nanti, jangan nanti dah terhantuk baru nak tertadah ye zafwan , kalau korang nak tengok facebook die korang boleh klik dekat sini , Zafwan khalid tapi saya rasa yang ni adalah facebook fake die kot , sebab friends die pon 66 orang je,lepas tu die tak letak gambar sendiri dan tak update pon .
Saturday, 11 August 2012
JOHARI PAIN laksana janji ,Potong Kemaluan kerana Pandalela bawa pulang pingat ?
Assalamualaikum , Kenal tak korang dengan Johari Pain ? Alahai Facbookers yang berjanji nak potong kemaluan die kalau pandalela dapat bawa pulang pingat, kalau korang tak tahu cerite die sebelum nie cube tengok gambar kat bawah nie . :)
Hahaha da tengok kn ? nie lah janji yang die buat , Asalnya johari pain nie adalah seorang pengguna facebook biasa macam kite semua , namun di sebabkan kata-kata janji die,dalam masa beberapa hari dia dah jadi terkenal mengalahkan pandalela , hahaha..dan ekoran daripada peristiwa itu banyak page-page like berkenaan johari pain telah di wujudkan agar meminta johari pain menunaikan janji nya setelah pandalela berjaya membawa pulang pingat :
Tu lah dia antara page like yang di tubuhka, namun begitu mungkin akibat terlalu banyak mulut yang menyuarakan tentang johari pain ini die merasa bersalah atas tindakan mulut langcang dia dan meminta maaf kepada semua rakyat malaysia melalui akaun twitternya dan merasa sedih atas kecaman demi kecaman yang di terima kerana masih ada yang tidak berpuas hati dan menuntut dia untuk meminta maaf secara umum di buletin tv3 hahahaha,macm-macam :
Dah tengok kan semua ? hahaha,nie lah dia pepatah ada mengatakan , "Kerana Mulut Badan Binasa"
Ps : Kesian jugak saya tengok Johari pain nie,So pengajaran die nak cakap atau update pape pon fikir lah dulu ye :)
Friday, 10 August 2012
7 Kelebihan Syaitan Berbanding sesetengah Manusia .
Secara Logiknya memang benar syaitan adala makhluh tuhan yang terkutuk,berbalik pada sejarah penciptaan Nabi Allah Adam ilaihi salam yang mana ketika terciptanya Nabi adam, ketua Syaitan(Azazil) diminta tunduk kepada Nabi Adam,namun Syaitan ingkar pada perintah Allah kerana KeEgoan nya yang melampau disebabkan penciptaan Syaitan yang di ciptakan dari api dan Nabi Adam pula diciptakan dari tanah, maka dia tidak patuh pada perintah Allah dan ekoran dari kejadian itu dia telah dilakhnat oleh Allah.namun hakikatnya tanpa kita sedari ada beberapa kelebihan Syaitan yang lebih bagus jika di bandingkan dengan manusia,mari kita lihat apakah dia :
1. Pantang menyerah
Setan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
Setan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan malah sering mengeluh.
2. Selalu Berusaha
Setan akan mencari cara apapun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh ide. Sedangkan manusia ingin enaknya saja, banyak yang
malas.
Setan akan mencari cara apapun untuk menggoda manusia dan agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh ide. Sedangkan manusia ingin enaknya saja, banyak yang
malas.
3. Konsisten
Setan dari mula diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur.
Setan dari mula diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih menganggur.
4. Solider
Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, malahan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, sedangkan manusia tidak mempedulikan antara satu sama lain, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.
Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, malahan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, sedangkan manusia tidak mempedulikan antara satu sama lain, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.
5. Genius ( banyak Akal Dan Trik )
Setan sangat pintar dalam mencari jalan agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat.
Setan sangat pintar dalam mencari jalan agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan plagiat.
6. Tanpa Pamrih
Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan balasan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.
Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan balasan apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.
7. Suka berteman
Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.
Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.
Ps : Sifat ini tidak lah bermaksud ditujukan pada semua manusia,namun ada segelentir manusia yang berperangai seperti syaitan,bahkan lebih teruk dari nie pon ada,betul atau tak korang sendiri je yang boleh tentukan . Wallahualam .
Subscribe to:
Posts (Atom)