Saturday, 30 March 2013
Kitaran Percintaan
Assalamualaikum , rasanya da lame tak menulis , dah bersarang dah pon blog saya nie..hehehe...ok entry kali nie nak share sikit pasal percintaan ,iaitu Kitaran Percintaan . jiwang lah pulokkk,ekekeke :D lets check it out :)
Dalam percintaan terdapat 5 peringkat Ia itu :
1. Orang asing
2. Kawan
3. Kekasih
4. Konflik
5. orang asing.
Di sini saya akan terangkan bagaimana kelima lima kitaran ini terjadi.
1.ORANG ASING
Pada peringkat pertama ini adala peringkat di mana kedua dua pasangan belum mengenali,dan selalu bertemu beberapa kali mungkin di sebabkan kebetulan ataupon dari kenalan rakan-rakan karib sendiri,di mana ketika ini kedua-dua pasangan belum terpikir untuk mengenali hati budi masing-masing dan tidak terpikir untuk bercinta sama sekali.
2.KAWAN
Pada peringkat ini pula,kedua dua pasangan mula rasa serasi,dan terpikir adakah dia orang yang tepat untuk aku?berbagai-bagai persoalan bermain di minda tentang lelaki/wanita itu,mungkin disebabkan terlalu kerap berjumpa ekoran dari peringkat pertama tadi , dan pada peringkat ini jugalah kedua-dua pasangan mula terbuka hati untuk berkawan dan mengenali hati budi masing,pada peringkat ini juga kedua-dua pasangan mula jumpa keserasian antara satu sama lain,dan mula tertarik antara satu sama lain.
3.KEKASIH
Ekoran dari peringkat kedua tadi,daripada kawan ,kedua-dua pasangan mula terbuka hati untuk bercinta dan menerima antara satu sama lain dengan seadanya,untuk pengetahuan anda semua,ketika ini hati kedua-dua pasangan sedang berbunga-bunga,ibarat makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena kerana sedang hangat bercinta,setiap masa,setiap saat,minit,kedua dua pasangan asyik memikirkan antara satu sama lain dan cuba untuk menjadi yang terbaik antara satu sama lain sehinggakan sanggup berubah walau sesukar mana sekalipun dan berjanji untuk setia dan sebagainya.
4.KONFLIK/PERGADUHAN.
Ini adalah peringkat ke empat di mana pada peringkat ini kedua-dua pasangan sering bergaduh,mula rasa ketidaksererasian antara satu sama lain,mula terpikir adakah telah membuat pilihan yang salah,sehinggakan kedua dua pasangan sering tiada mood,seringkali marah,boleh kata setiap minggu pasti ada pergaduhan,malahan berkemungkinan hampir setiap hari,dan pergaduhan menjadi rumit sehinggakan sukar untuk di leraikan dan sukar untuk di bawa berbincang,sehinggakan mula berasa bosan terhadap pasangannya dan mula meluat terhadap pasangannya,dan tanpa berpikir panjang,salah seorang pasangan mula memilih jalan pintas kerana tidak tahan iaitu PUTUS.(pada peringkat ini,sebenarnya perasaan sayang masih ada di dalam hati,Cuma mungkin tidak tahan dengan situasi lalu mengambil jalan pintas,jika anda sayangkan hubungan anda,kedua-dua pasangan harus ada sifat tolak ansur,saling memahami,dan berterus terang,ingat !!! kebenaran itu memang menyakitkan,tapi ianya adalah 100 kali lebih bagus dari penipuan yang kononnya indah itu).
5.ORANG ASING
Ini adalah peringkat di mana setelah terjadinya keputusan PUTUS dari salah seorang pasangan td,di mana pada peringkat ini kedua-dua pasangan merasakan bahawa keputusan yang di buat td adalah yang terbaik untuk kedua belah pihak,dan kedua pasangan mula tidak bertegur,dan seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain bila terserempak,dan lama kelamaan perasaan kosong,sunyi,kehilangan,rindu mula berbuku di hati antara kedua pasangan,dan mula teringat akan satu sama lain,ketika ini pasangan mula merasa menyesal dengan keputusan yang telah dilakukan,dan mula membuat keputusan untuk bercinta lagi,sama ada dengan orang lain,atau dengan orang yang sama.(pada peringkat ini,apabila masing-masing sudah mempunyai pasangan baru,dan pasangan barunya tidak sebaik dengan pasangannya yang lama,dia mula rasa menyesal kerana telah membuat keputusan terburu-buru,jika pasangannya lebih baik dari yang lama Alhamdulillah lah,tapi adakah kita boleh menjamin setelah kita mendapat pasangan baru ianya lebih bagus dari psngn kita dahulu?ingat tak semua orang sempurna,semua orang ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
p/s : Seeloknya kita hargai pasangan kita sementara dia masih ada ,dan trima baik burul pasangan kita seadanya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment