Tips Menangani perempuan merajuk
MERAJUK ? Bile merajuk je pompuan,bile pompuan je mesti merajuk kn ?tak kire la kasar mane pn ,keras mane pon, selagi namenye perempuan die takkan terlapas dari perangai mcm nie kn ? , Maklumlah, perempuan nie kn salah satu kelemahan die hati,so hati dorang nie sangat sangat lah sensitif dan menyebabkan die merajuk , so kat sini ad cara cara nak mengatasi perempuan or aweks korang bile merajuk , lets chek it out...hehehehe =)
Tanya makwe anda apa yang menyebabkan dia merajuk.
- Sesetengah perempuan memang sukar nak luahkan apa yang membuatkan dia berkecil hati. Ada jugak yang ego. Selalunya perempuan mengharapkan yang teman lelakinya akan faham dan sentiasa peka dengan apa yang dia rasai. So, kalau makwe korang nampak moody secara tiba-tiba tanpa korang sedari, itu mesti ada something yang dia hide daripada pengetahuan korang. Tanya dia apa sebab dia merajuk/marah. Jangan sesekali korang buat tak peduli je a.k.a buat bodoh. Itu hanya akan menambahkan lagi sakit hati si dia.
Minta maaf dan jelaskan sebab.
- Tumpukan perhatian kepada perkara yang ingin dia sampaikan. Biarkan dia meluahkan segala ketidakpuasan hatinya dan setelah itu, minta maaf dan jelaskan kepada dia apa sebabnya anda berbuat demikian dan jika anda merasakan diri anda salah, minta maaf dengan setulus hati. Jangan meninggikan suara ketika dia sedang marah kerana itu hanya akan memburukkan lagi keadaan. Perempuan memang mudah dikuasai dengan bermacam perasaan. Jika anda sayangkan dia, cubalah untuk bertolak ansur.
Luahkan kata-kata sayang yang mampu menyejukkan hatinya.
- Sentiasa katakan yang anda menyayanginya dan tak ingin kehilangannya. Jika dia sedang dalam mood marah marah, biarkan dia dahulu sehingga hatinya betul-betul sejuk. Jika dia menengking atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda, jangan membalasnya dengan kata-kata begitu kerana ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Anda tidak perlu percaya 100% apa yang keluar daripada mulut si dia ketika si dia sedang marah kerana perempuan yang sedang marah selalunya akan menghamburkan kata-kata mengikut suka hatinya ketika itu dengan harapan perasaan marahnya itu dapat dilepaskan tanpa memikirkan sama ada kata-katanya itu benar atau tidak. Sebaiknya anda berdiam diri dahulu dan selepas keadaan terkawal, barulah anda cuba memujuknya dengan kata-kata sayang.
- Biasanya, perempuan yang kuat merajuk ini tidak suka ditipu walaupun anda berbohong tentang aktiviti harian anda. Sentiasa jujur dengannya dalam apa jua perkara kerana sekiranya dia mendapat tahu anda telah menipunya, emosinya akan tergugat dan seterusnya dia akan mudah merajuk dengan anda. Secara amnya, sesiapa sahaja memang tidak suka apabila dirinya ditipu oleh sesiapa pun juga. bukan perempuan sahaja akan berasa begitu.
Okay, itu aje setakat ini. Lain kali aku update lagi. So lelaki da faham kan korang punya peranan and apa nk buat bile aweks merajuk ? hehehe..Oh ya, ciri-ciri diatas ini pun boleh diperhatikan pada lelaki yang kuat merajuk jugak. Lelaki kuat merajuk? Ada...mane boleh takde,sebab lelaki pon ade perasaan jugak..Aku pun pernah jumpa. Bukan setakat kuat merajuk, siap full pakej dengan cemburu buta kuasa tiga, dan juga pengongkong tegar. Siapakah anda? Lu pikir lah sendiri. :)
No comments:
Post a Comment