Facebook Badge


Tuesday 7 August 2012

Siapa sangka awek cantik nie adalah hackers ?

      Assalamualaikum, ok entry kali nie pasal hackers, d sebabkan sekarang nie da terlalu banyak dah kes pasal hack sana hack sini,so hari nie saya nak buat entry pasal hacker sikit .

Ok lah , bile cakap je pasal hackers mesti kite bayangkan orang tu adalah seorang lelaki , ber spek mata tebal ,jambang tak bercukur,rambut serabai,pakaian tak kemas,bau hashem,tak reti bersosial,duduk je dpn pc 24 jam, dan macam macam lagi la,so hari nie moh kite bukak mate ramai-ramai dan saya buktikan bahawa seorang hackers tak semestinya lelaki,ber spek mata tebal ,jambang tak bercukur,rambut serabai,pakaian tak kemas,bau hashem,tak reti bersosial,duduk je dpn pc 24 jam...hehehe....

1. Xio Tian


     Xiao Tian adalah seorang hacker yang bergaya. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamik serta feminine. Dia juga tertarik sekali dengan dunia fashion, khususnya kasut. Dalam blognya dia seringberkongsi cerita tentang tempat-tempat yang pernah dia datang. Itulah alasan mengapa Xiao mempunyaibanyak fans dan pengikut di duniakhususnya para lelaki.

Xiao Tian, mula dikenali sejak umur 19 tahun. Setelah menubuhkan China Girl Security Team, iaitu salah satu kumpulan hacker khusus wanita terbesar di china dan mengetuai sekumpulan 2,200 penggodam perempuan di China. Kumpulan penggodam wanita yang diketuainya ini pernah menggodam sistem infrastruktur Google China. Akhirnya, Google tidak tahan dan memilih untuk menarik semua perkhidmatan operasinya di China akibat hentaman hacker yang bertubi-tubi.


2 . Kristina Svechinskaya



      Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi New York University yang ditahan pada 2 november 2010 lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di United Kingdom dan Amerika. Bersama 9 orang lainya, Svechinskaya berjaya hack ribuan akaun bank sebanyak 3 juta dollar.

Svechinskaya beserta pasukan awalnya menyasarkan jumlah wang yang dicurinya adalah sekitar 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank. Dia mempunyai sekurang-kurangnya 5 akaun bank dunia untuk mencairkan dana. Dalam aksinya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan akibatnya dia dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun apabila dituduh bersalah.


3 . Cracker Ying





      Ying mengajar mengenai asas-asas menggodam, cara mengubah IP address dan memanipulasi password pejabat di Shanghai, China. Ying juga pakar membuat perisian untuk menggodam. Dalam sebuah forum yang bertajuk Chinese Hottie Hackers, namanya banyak dibahas dan itu membuat popularitinya semakin meningkat. Dalam forum tersebut dia juga mempunyai ramai peminat. Bermula dari situ lah kredibilitinya melambung.



4 . Joanna Rutkowska


        Joanna Rutkowska adalah seorang wanita berasal dari Poland yang tertarik dengan dunia hacking security.Namanya pertama kali dikenal setelah persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas, 2006 OgosDimana saat itu Rutkowska menerangkan proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem keselamatanwindows VistaBukan itu sahajaRutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007 dia telah membentuk Invisible Things Lab di Warsaw, Poland. Sebuah syarikat yang menumpukan terhadap research keselamatan OS juga VMM serta perkhidmatan perundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang sangat full protect security. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka kepada Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketatkan sistem keselamatan dalam windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat bagus untuk diajak bekerjasama.


5. Raven Adler 




     Raven Adler gemar berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internetkhususnya dunia hacking.Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir dalam persidangan hacker DefconDia tidak begitu sukadipanggil dengan gelaran "Hacker Wanita". Dia lebih suka dipandang kerana skillnya.

Sehingga kini dia sedang aktif membuat design, menguji dan mengaudit sistem pengesan keselamatan untuk pelbagai agen-agen persekutuan besar. Selain itu, dia juga gemar mempelajari ilmu mempertahankan diri Jepun iaitu Ryu Shorin Matsumura.



Ps : So korang sila ubah persepsi korang pasal hackers tu ea,jangan pandang rendah dengan perempuan . :)

No comments: